7 Cara Berkesan Untuk Jimatkan Minyak Untuk Van Flit Syarikat Anda
Bandingkan Sistem Telematik
Ketahui lebih lanjutBandingkan Sistem Telematik
Gunakan telematik untik mengawal efisen kenderaan & pengangkutan
Ketahui lebih lanjutSekiranya anda menguruskan syarikat logistik, perkhidmatan penghantaran barang mahupun melakukan banyak perjalanan perniagaan menghadiri mesyuarat Bersama klien, anda pasti pening kepala memikirkan kos penggunaan minyak oleh van syarikat anda. Kalau anda nak tahu, sebenarnya ada beberapa cara berkesan untuk anda menjimatkan kos minyak bagi van flit syarikat. Ia melibatkan penggunaan pengurusan flit AVLS yang cekap, pemilihan laluan yang mesra petrol, dan banyak lagi. Mari baca!
Ikuti 7 cara yang berkesan ini bagi menjimatkan minyak pada van flit syarikat anda
1. Membuat pemilihan van syarikat yang paling sesuai
Sebenarnya, ramai pemilik syarikat terlepas pandang tentang hal pertama ini. Kalau difikirkan semula, langkah penjimatan minyak bagi van syarikat anda bermula sebaik saja anda merancang untuk membeli kenderaan untuk kegunaan syarikat anda lagi! Kenapa? Ini kerana jenis model van yang berbeza mempunyai kadar penggunaan minyak yang berbeza.
Ketika membeli van untuk kegunaan perniagaan, amat penting untuk kita menilai beberapa aspek yang dapat membawa kepada penjimatan duit minyak syarikat. Berikut adalah beberapa perkara yang pemilik syarikat seperti anda patut pertimbangkan sebelum membeli jenis van tertentu:
- Model van yang jimat minyak. Antara model van yang sering digunakan di negara kita Malaysia adalah Nisan Vanette, Toyota Liteace dan Mitsubishi Delica.
- Saiz van yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan anda. Tidak perlu membeli van terlalu besar sehingga membazir ruang. Makin besar saiz van, makin besar saiz CC enjin dan makanya, tinggi jugalah kos minyak van!
- Pengubahsuaian van yang minima selepas pembelian. Setiap pertukaran pada spesifikasi kenderaan seperti saiz atau kelebaran tayar akan memberi impak kepada penggunaan minyak pada van anda. Ia memang nampak cantik, tapi turut meningkatkan kos minyak kereta!
Maka, sebelum anda membeli van syarikat hanya kerana ianya yang paling popular pada masa sekarang ataupun ia nampak cantik dan hebat di mata anda, fikir dahulu sebaiknya. Buatlah pembelian berdasarkan saiz van, CC enjin, dan spesifikasi yang paling ekonomikal dan ideal untuk kegunaan perniagaan anda!
2. Penggunaan sistem telematik atau pengurusan flit AVLS yang profesional dan cekap untuk jangka masa panjang
Source: Unsplash.com
Bila bercakap tentang penjimatan minyak untuk kenderaan syarikat, tak ramai yang akan terfikir tentang pengurusan flit AVLS sebagai salah satu langkah berkesan yang boleh diguna pakai. Namun, sebagai pemilik syarikat kecil dan sederhana, anda patut mempertimbangkan penggunaan pengurusan flit AVLS yang profesional dan cekap bagi keuntungan dan penjimatan minyak dalam jangka masa panjang.
Pengurusan flit AVLS L adalah satu sistem menyeluruh yang membantu anda menguruskan segala hal yang berkaitan dengan pengurusan kenderaan dan pemandu syarikat. AVLS membawa maksud “Automatic Vehicle Locate System”, ataupun, Sistem Pengesanan Kenderaan Secara Automatik.
Sistem pengurusan flit AVLS ini menggunakan teknologi pengesan gps terbaik untuk kereta, treler, trak, van dan pelbagai jenis kenderaan lain lagi. Sistem secara dalam talian ini berkos rendah dan melalui penggunaan GPS trak atau GPS van serta teknologi GSM, anda boleh melihat secara langsung pergerakan kenderaan syarikat yang sedang membuat perjalanan.
Selain daripada mengetahui kedudukan kereta syarikat anda, berikut adalah faedah menggunakan sistem telematik atau pengurusan flit AVLS yang profesional dan efektif:
- Membuat diagnostik dan analisis penggunaan kenderaan
- Memantau kos pengisian minyak untuk setiap kenderaan bagi perjalanan tertentu
- Menyemak cara pemanduan setiap pemandu seperti pecutan dan kadar pembrekan
- Membuat analisis kos dari segi wang ringgit dan seterusnya membuat penambaikan penggunaan atau saiz flit syarikat anda
- Urusan pengurusan resit minyak dan pembayaran wang minyak yang lebih cepat dan tepat
Seperti yang anda lihat, sistem telematik dan pengurusan flit AVLS boleh membantu anda menjimatkan lagi kos minyak van flit syarikat anda kerana anda boleh membuat penambahbaikan di kemudian hari. Ia merangkumi had penggunaan petrol bagi setiap van dan cara pemanduan pemandu yang lebih berhemah dan menjimatkan minyak!
3. Pemilihan jenis minyak yang ideal dengan model van
Lagi satu cara supaya van flit syarikat anda tidak menelan kos minyak yang tinggi adalah dengan membuat pemilihan jenis minyak yang betul. Ia perlu bersesuaian dengan model van dan jenis enjin kenderaan anda. Selalunya, perkara yang menjadi persoalan dalam membuat pemilihan jenis minyak adalah:
- Petrol vs. diesel: Diesel dikatakan dapat memberikan penjimatan bahan api sehingga 30%
- Ron 97 vs. Ron 95: Kegunaan Ron 95 atau Ron 97 bergantung kepada model kenderaan anda. Lihat di sini mengikut saranan pengeluar kereta.
- Berapakah kilometer diperolehi bagi setiap petrol yang diisi (km/L)? Cuba sendiri ketika memandu di bandar, membuat perjalanan jauh, atau ketika melalui jalan negeri/laluan kampung
Soalan yang sering ditanya: Jenama minyak manakah yang syarikat saya perlu pilih?
Di Malaysia, ada beberapa jenama stesen minyak yang anda boleh pilih. Antaranya ialah Shell, Petronas, Petron, BHP, dan Caltex. Ada beberapa syarikat minyak yang mempunyai rangkaian stesen yang meluas di seluruh Malaysia. Buatlah pemilihan berdasarkan destinasi perjalanan yang sering anda kunjungi.
Setiap minyak juga mempunyai aditif minyak yang berbeza. Masing-masing mempunyai keistimewaan yang dapat memberikan kuasa pemanduan yang jimat dan lebih baik. Buatlah eksperimen dan cuba beberapa jenama minyak yang berbeza. Anda mungkin dapat merasakan perbezaan pada pengalaman pemanduan dan penjimatan bagi jenama yang berlainan.
Malah, ada beberapa sistem telematik dan sistem pengurusan flit AVLS membolehkan anda menetapkan jenis minyak yang boleh diisi oleh kad fuel anda.
4. Pemilihan masa perjalanan penghantaran kargo, barangan perniagaan atau menghadiri mesyuarat
Source: Pixabay.com
Selain memilih jenis minyak murah dan ideal untuk kenderaan syarikat, anda juga boleh mempertimbangkan masa perjalanan perniagaan. Jika anda memilih masa yang betul, anda pasti dapat membuat penjimatan duit petrol.
Jadi, berbanding membuat penghantaran atau menetapkan masa mesyuarat dengan klien ketika waktu puncak, pilih masa lain yang lebih sesuai ketika jalan raya tidak terlalu sesak. Semakin lama anda tersekat di dalam kesesakan lalu lintas, semakin banyak pembakaran bahan api berlaku.
Contohnya, jika anda perlu masuk ke bandaraya Kuala Lumpur, pilih waktu yang kurang sesak iaitu sekitar 10am-12pm, 2pm-4pm, atau waktu malam selepas 9pm. Samalah juga jika anda pergi ke bandar besar lain di Malaysia seperti Johor Bahru, Lembah Klang, dan Pulau Pinang.
Jika anda menggunakan pengurusan flit AVLS atau sistem telematik pintar, ia akan memberikan saranan laluan perjalanan yang terpantas bagi mana-mana masa perjalanan yang anda lakukan.
5. Galakkan pemandu anda untuk amalkan pemanduan yang kos efektif
Untuk menambahkan lagi penjimatan wang petrol, pemandu van anda perlu dilatih untuk memandu secara berhemah. Ia dapat membantu mengurangkan perbelanjaan minyak untuk van anda. Berikut adalah beberapa saranan yang boleh kami berikan untuk menjimatkan petrol:
- Ketika berada di dalam trafik yang sesak, ubah cara pemanduan. Kekalkan kelajuan van, kurangkan bermain pedal minyak, tekan brek secara perlahan, atau lepaskan pedal untuk memperlahankan kenderaan
- Pilih lebuh raya untuk penghantaran kargo dengan van jika anda perlu ke luar daerah/negeri. Pemanduan lebih lancar dan stabil tanpa perlu kerap bermain pedal minyak atau berhenti. Kekalkan juga kelajuan. Menurut The Vocket, penggunaan minyak akan bertambah sebanyak 25% apabila kelajuan anda semakin meningkat sehingga ke 110 km/j
- Ketika membuat penghantaran ke kawasan pedalaman, kawal penggunaan pedal minyak. Untuk kawasan berbukit, gunakan gear yang betul dan kekalkan konsistensi tekanan pada pedal minyak
6. Gunakan kad fuel untuk buat penjimatan lebih
Adakah syarikat anda sudah melanggan kad fuel untuk diintegrasikan dengan sistem pengurusan flit AVLS? Kalau belum, apa kata anda cuba mendapatkan kad fuel untuk kegunaan pemandu van syarikat. Ia dapat membantu anda menjimatkan lagi duit minyak. Kad petrol ini selalunya memberikan banyak faedah kepada pemilik syarikat.
Dengan kad fuel, anda bukan saja dapat menyelia habit pemanduan pekerja anda, malah anda turut boleh menguruskan perbelanjaan petrol syarikat melalui kad ini. Anda boleh menetapkan had limit perbelanjaan bagi setiap minggu atau bulan, melihat berapakah nilai ringgit yang telah dibelanjakan oleh pemandu serta memupuk habit pemanduan yang betul pada pemandu syarikat.
Ada banyak pilihan kad fuel di pasaran, anda mungkin pening kepala nak membuat kajian dan memilih kad yang paling menarik untuk anda. Petronas, Shell, Caltex, BHP, Petron – semuanya ada menyediakan kad kesetiaan atau kad petrol untuk pelanggan mereka. Tapi, mana satu nak pilih? Tak perlu risau. Gunakan perkhidmatan perbandingan kad fuel yang dibuat oleh iCompario.
Dengan membuat permohonan di sini dan menyediakan dokumen dan maklumat perniagaan, iCompario boleh membandingkan beberapa kad fuel di pasaran dan memberi saranan kad fuel yang paling ideal untuk keperluan syarikat. Mudah, kan?
7. Gunakan kad kredit ketika mengisi minyak – penggunaan bijak yang sering dilepas pandang!
Source: Pexels.com
Ramai orang berasa gusar setiap kali mahu menggunakan kad kredit ketika mengisi minyak. Mereka takut yang mereka akan terlajak berbelanja dan dibebani dengan hutang. Namun, tahukah anda kad kredit juga boleh menjimatkan duit minyak? Dengan penggunaan yang bijak, anda sebenarnya boleh mendapatkan keuntungan ketika mengisi minyak.
Kalau anda nak tahu, syarikat pengeluar kad kredit ada menyediakan tawaran ganjaran bagi mereka yang mengisi minyak kenderaan menggunakan kad mereka. Ganjaran ini kadangkala hadir dalam bentuk rebat tunai atau diskaun minyak tambahan beberapa peratus ke atas kos perbelanjaan petrol.
Contohnya, ketika pemandu van anda membuat penghantaran barang ke Kelantan dan mengisi minyak menggunakan kad kredit pada nilai RM250, anda mungkin mendapat rebat potong beberapa ringgit atau peratus. Jadi, anda sebenarnya tidak membelanjakan RM250 sepenuhnya!
Cuba bayangkan berapa banyak rebat atau diskaun minyak yang anda dapat jika pengisian ini berlaku berulang kali sepanjang bulan? Memang berbaloi, anda patut cuba jika anda mahukan minyak murah untuk van syarikat anda!
Sebagai alternatif kepada kad kredit, anda juga boleh menggunakan kad caj untuk membayar petrol dan membuat lebih penjimatan. Ia mempunyai fungsi yang sama seperti kad kredit namun mempunyai limit penggunaan yang tetap dan perlu dibayar secara penuh pada penghujung bulan. Kad caj ini sesuai untuk anda yang mahukan disiplin ketika membuat pembayaran hutang kad.
Pengurusan flit AVLS membantu anda jimatkan wang petrol untuk van flit anda!
Menggunakan wang tunai dan mengisi minyak secara manual semata-mata bukanlah satu cara yang bijak dan menjimatkan. Ada banyak faktor yang memainkan peranan dalam mengurangkan perbelanjaan duit petrol syarikat.
Bagi anda yang memiliki van syarikat dan sering menggunakannya untuk membuat perjalanan perniagaan, gunakan bantuan sistem telematik dan pengurusan flit AVLS yang menyeluruh demi penjimatan kos. Ia membantu anda mengetahui habit pemanduan pemandu van dan memantau arah pergerakan dan laluan van.
Selain itu, kad fuel dan kad kredit juga dapat membantu anda menguruskan kos ringgit ketika mengisi minyak dan mendapatkan lebih banyak potongan diskaun minyak. Untuk memilih platform pengurusan flit AVLS, sistem telematik, kad fuel dan kad kredit yang paling sesuai untuk van yarikat anda, dapatkan bantuan perbandingan dan saranan yang terbaik di iCompario. Ianya memudahkan kerja anda!