Pilih Kad Minyak Terbaik Dengan Panduan Komprehensif Ini
Cari Kad Minyak hari ini
Dapatkan sebut hargaBandingkan Kad Minyak
Anda boleh mencari kad minyak yang terbaik untuk perniagaan anda dalam beberapa saat
Dapatkan sebut hargaAnda pasti pernah terdengar tentang kad petrol perniagaan daripada rakan kongsi, klien atau kawan-kawan anda. Anda pernah tak terfikir untuk menggunakan kad minyak ini? Tak kisahlah sama ada syarikat anda itu kecil atau besar, sebenarnya kad fuel dapat memberikan banyak faedah kepada perniagaan anda. Jika anda mencari cara pemilihan kad minyak terbaik dan ingin tahu lebih banyak maklumat lain lagi, anda berada di tempat yang betul kerana kami akan berkongsi dengan anda beberapa panduan penting. Teruskan membaca artikel ini!
A. Apakah itu kad fuel perniagaan?
Kalau anda nak tahu, kad fuel atau juga dikenali sebagai kad petrol adalah kad khas yang boleh anda gunakan ketika mengisi minyak di mana-mana stesen petrol pilihan anda. Di negara kita, terdapat beberapa stesen minyak terkenal seperti Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BHP. Selalunya, setiap syarikat minyak ini mempunyai kad fuel perniagaan masing-masing.
Ia hampir menyerupai kad kredit tetapi berfungsi dengan cara yang berbeza. Kad ini menyediakan lebih daripada sekadar proses pembayaran duit minyak untuk kenderaan flit syarikat anda.
Fungsi kad fuel yang berbeza dengan kad kredit
Source: Unsplash.com
Bersesuaian dengan namanya, kad minyak membantu pekerja anda mengisi minyak secara lebih cepat dan mudah. Leretkan saja kad ini di mana-mana stesen minyak pilihan anda. Tidak perlu lagi berjalan masuk ke kaunter dan beratur panjang untuk membayar secara tunai. Proses pengisian minyak akan berlaku dengan pantas dan pemandu boleh terus meneruskan perjalanan tanpa membuang masa.
Anda pasti tertanya-tanya, apakah bezanya kad fuel dengan kad kredit biasa? Sebenarnya, kad petrol ini memberikan banyak faedah lain lagi. Sesetengah pengeluar kad minyak terbaik memberikan harga petrol atau diesel pada diskaun yang istimewa, lebih murah daripada harga minyak biasa di pasaran. Selain itu, anda juga akan menerima mata ganjaran atau harga promosi apabila membeli barangan di kedai stesen petrol menggunakan kad fuel. Contohnya seperti minyak enjin, sabun pencuci kereta, barangan peribadi, snek, minuman dan sebagainya!
Kelebihan kad fuel akan lebih jelas apabila ia diintegrasikan dengan sistem telematik. Menggunakan teknologi seperti GPS, sistem ini akan memberitahu anda habit pemanduan pekerja, dapat mengetahui lokasi semasa mereka, kelajuan kenderaan, dan sudah tentu, jumlah perbelanjaan duit minyak bagi perjalanan perniagaan tertentu apabila digunakan bersama kad fuel.
B. Adakah kad minyak sesuai untuk syarikat kecil?
Anda mungkin merasakan yang syarikat anda kecil saja. Maka, kad sebegini tidak diperlukan. Sebenarnya, kad fuel ini amat sesuai untuk pelbagai jenis dan saiz syarikat serta pelbagai bilangan kenderaan flit.
Tidak kiralah sama ada anda mempunyai hanya satu van flit atau 50 lori dan treler, kad minyak terbaik sangat membantu dalam mempercepatkan urusan pengisian minyak oleh pemandu, meringankan kerja kerani am di pejabat serta mencekapkan lagi cara pemanduan pekerja anda.
C. Macam mana cara kad minyak terbaik berfungsi?
Mungkin anda tidak tahu cara bagaimana untuk menggunakan kad ini. Di dalam panduan ini, mari kami kongsikan caranya dengan anda.
Pertama sekali, kad minyak terbaik yang paling sesuai dengan anda boleh dimiliki dengan membuat permohonan kepada syarikat minyak pilihan anda. Di Malaysia, antara syarikat minyak yang mempunyai rangkaian stesen yang meluas adalah Shell, Petronas, Caltex, BHP dan Petron. Anda boleh memilih salah satu kad dari syarikat ini.
Permohonan yang dibuat akan memerlukan anda melakukan beberapa perkara berikut:
- pengisian borang
- perkongsian maklumat syarikat
- perkongsian beberapa salinan dokumen rasmi
- data tentang kapasiti flit syarikat/bilangan pemandu
Selepas mendapat kad, pemandu anda boleh meleretkan kad ini di peranti kad di stesen minyak. Mereka tidak perlu membawa duit minyak atau kad kredit syarikat.
Pemandu anda boleh mengisi minyak sehinggalah ia mencapai had ringgit yang anda tetapkan. Anda boleh menetapkan limit ringgit yang dibelanjakan secara harian, mingguan atau bulanan. Dengan cara ini, kos perbelanjaan minyak oleh kenderaan flit anda akan lebih terkawal. Bijak, bukan?
Selain menggunakan kad fuel semata-mata, anda turut boleh menggunakannya bersama:
- kad kredit bagi tambahan mata ganjaran atau pulangan tunai
- sistem telematik untuk kecekapan pengurusan bahan api dan pengurusan logistik
D. Mahal tak kad minyak perniagaan?
Source: Pexels.com
Anda mungkin merasakan yang kad petrol perniagaan ini akan menambahkan lagi perbelanjaan syarikat. Tidak juga. Secara amnya, kad petrol hanya dikenakan dengan sedikit yuran tahunan. Namun, ada juga beberapa syarikat petrol yang tidak mengenakan sebarang yuran tahunan kepada pelanggan mereka. Contohnya, Kad Fuel Shell.
Macam mana pula kalau ada kad petrol yang tercicir dan anda perlu membuat pembaharuan kad? Adakah ia juga akan menelan belanja? Tidak juga. Contohnya, syarikat Petronas hanya mengenakan caj RM10 sahaja bagi setiap kad Petronas SmartPay sekiranya anda ingin membuat penggantian kad.
Yang pastinya, jumlah diskaun, rebat, harga promosi atau pulangan tunai yang anda bakal nikmati dengan kad minyak terbaik ini akan membuatkan yuran tahunan (jika ada) sangat berbaloi. Ini dibandingkan dengan mengisi minyak secara tunai di mana anda tidak akan mendapat apa-apa faedah daripadanya. Betul, tak?
E. Adakah kad fuel selamat digunakan?
Jawapannya: sangat selamat! Setiap kad minyak terbaik akan disertakan dengan nombor PIN khas. Sebarang penyalahgunaan duit minyak boleh dielakkan. Contohnya, pengurus anda yang baru saja menghadiri mesyuarat dengan klien tidak boleh membuat tuntutan palsu atau mengisi kenderaannya sendiri dengan duit petrol syarikat yang telah anda berikan kepadanya secara tunai.
Selain itu, ia dapat membantu mengurangkan kes kecurian wang atau kerugian tunai jika berlaku kes pecah kenderaan ketika pemandu berhenti di R&R di sepanjang laluan lebuh raya PLUS Malaysia. Anda turut boleh mendapatkan kelebihan tambahan apabila kad minyak anda diintegrasikan dengan sistem perisian pintar seperti sistem telematik.
Di dalam sistem ini, anda boleh menetapkan untuk menerima notifikasi “alert” sekiranya aktiviti meragukan dikesan pada mana-mana kad fuel anda. Ia boleh dikesan secara segera dan tepat. Selepas itu, anda boleh menyekat kesahan kad tersebut melalui sistem. Malah, kad yang dicuri juga boleh dinyah-aktifkan dengan hanya menekan satu butang menerusi aplikasi yang telah anda pasang di telefon – sama ada ianya pada sistem iOS mahupun Android.
F. Adakah saya akan terikat dengan mana-mana kontrak?
Tidak! Biasanya pengeluar kad minyak terbaik tidak akan mengenakan kontrak bagi kad mereka. Yuran yang dibayar (jika ada) biasanya berdasarkan penggunaan tahunan. Untuk membatalkan kad, anda boleh melakukannya pada bila-bila masa melalui sistem aplikasi. Contohnya, untuk kad SmartPay Petronas, pembatalan kad fuel hanya mengambil masa selama 24 jam saja!
G. Apakah cara pembayaran untuk kad petrol perniagaan?
Pembayaran boleh dilakukan secara auto-debit terus dari akaun syarikat anda. Anda hanya perlu menetapkan maklumat pembayaran sekali dan proses pembayaran bulanan seterusnya akan dilakukan secara automatik.
Anda juga akan menerima invois daripada pengeluar kad. Semua transaksi akan jelas terpampang di dalam bil invois tersebut. Jadi, mudahlah untuk anda mendapatkan gambaran jelas dan tepat tentang jumlah perbelanjaan petrol yang dilakukan oleh pemandu.
H. Cara menguruskan kad fuel yang dimiliki oleh syarikat
Setelah berjaya dengan permohonan dan anda kini memiliki kad minyak terbaik yang sesuai dengan syarikat, sekarang anda perlu tahu cara untuk menguruskan kad fuel tersebut. Bilangan kad yang dimiliki semestinya harus bersesuaian dengan jumlah kenderaan flit atau jumlah pemandu syarikat.
Anda boleh memberikan setiap pemandu satu kad minyak terbaik dan ditetapkan namanya dan PIN pada kad tersebut (Cara 1). Anda juga boleh menyediakan kad fuel untuk setiap satu kereta, lori, trak atau van flit yang anda miliki (Cara 2). Bagi kes ini, pemandu akan berkongsi menggunakan kad yang sama yang telah ditetapkan untuk kenderaan tersebut.
Manfaat kedua-dua jenis penetapan kad minyak terbaik
Source: Pexels.com
- Cara 1 – Membolehkan anda melihat bagaimana setiap pemandu membelanjakan duit minyak ketika membuat perjalanan.
- Cara 2 – Membolehkan anda melihat kereta manakah yang banyak menelan duit minyak. Dengan cara ini, anda akan tahu yang kenderaan tersebut mungkin memerlukan servis.
Selain pengurusan kad melalui penetapan kad, anda juga boleh menggunakan bantuan sistem pengurusan akaun kad dalam talian untuk menguruskan beberapa aspek lain pada kad minyak terbaik anda.
Antara fungsi pengurusan yang boleh dilakukan adalah:
- Membatalkan kad yang hilang
- Menetapkan nombor PIN
- Menjana laporan penggunaan kad
- Melihat transaksi perbelanjaan
- Membuat pembayaran invois
- Memohon kad baru
I. Mengapa anda perlu menggunakan kad minyak perniagaan?
1. Kawal perbelanjaan duit petrol secara berkesan
Berbanding membiarkan pekerja anda mengisi minyak secara manual, gunakan kad petrol untuk memudahkan tugasan mengawal perbelanjaan duit petrol syarikat. Ia menjimatkan wang syarikat dalam jangka masa panjang dan memperbaiki aliran tunai kerana tiada lagi ketirisan akibat ketidak cekapan dalam hal tuntutan duit minyak. Setiap perbelanjaan direkod di dalam sistem – ianya tepat dan mudah dipantau!
2. Mempermudahkan tugas ramai pekerja
Sememangnya, kad minyak terbaik bukan saja memudahkan kerja anda sebagai pemilik syarikat, malah kerja pengurus syarikat yang perlu menghadiri mesyuarat, pemandu kenderaan flit yang perlu membuat penghantaran barang dan kerani am di pejabat yang perlu memproses tuntutan duit minyak juga akan menjadi mudah.
Kini, semua transaksi direkod secara automatik di dalam sistem portal dalam talian. Tugasan mengumpul resit kertas, memproses tuntutan minyak secara manual atau membuka buku akaun tidak lagi diperlukan. Sistem aplikasi dalam talian akan mengambil alih semua kerja ini.
3. Pemantauan pekerja yang efektif
Source: Unsplash.com
Dengan menggunakan kad minyak terbaik, anda turut boleh memantau habit pemanduan pekerja apabila digunakan bersama sistem telematik. Selain itu, anda turut boleh memastikan keselamatan pemandu anda dengan pemanduan yang terlatih – ianya lebih berhemah dan profesional!
Natijahnya, pengurusan pemandu yang cekap dan penambaikan cara pemanduan membantu meningkatkan produktiviti penghantaran barangan yang dilakukan oleh kenderaan flit anda.
4. Pengurusan flit yang pintar
Kad petrol turut memberikan anda maklumat yang tidak dapat disediakan oleh resit kertas! Melalui data transaksi yang direkod, anda boleh melihat siapa yang menggunakan minyak secara berlebihan. Anda juga boleh tahu di mana lokasi stesen minyak terdekat yang menerima kad petrol anda. Minta pemandu anda untuk memuat turun aplikasi ke dalam telefon pintar mereka.
Sistem navigasi juga ada disediakan di mana anda boleh mendapat bantuan tunjuk arah dan notifikasi kesesakan lalu lintas. Sistem pemetaan ini mempercepatkan lagi perjalanan kenderaan flit anda!
Buat pemilihan kad minyak terbaik secara bijak!
Sekiranya anda membuat kajian tentang kad minyak terbaik mana yang ingin dipilih, anda akan perasan bahawa terdapat banyak pilihan kad fuel atau kad kredit petrol yang ada di pasaran untuk anda gunakan.
Saranan kami adalah: Pilih kad fuel dengan rangkaian stesen petrol yang banyak di laluan perniaagaan yang sering anda gunakan. Ini merupakan antara kriteria penting ketika mencari kad minyak terbaik untuk syarikat anda.
Selain itu, kad petrol terbaik juga perlulah memenuhi semua keperluan perniagaan anda. Kad fuel tersebut mestilah bersesuaian dengan saiz kenderaan fleet anda. Pertimbangkan juga jenis minyak yang anda cenderung gunakan – petrol RON95, RON97 atau diesel. Selain itu, pilih kad minyak terbaik yang menyediakan aplikasi dalam talian yang mencekapkan lagi pengurusan petrol untuk kenderaan flit anda.
Kalau nak memudahkan kerja, gunakan bantuan iCompario dalam mencari kad fuel perniagaan, kad kredit petrol atau sistem telematik. iCompario boleh membuatkan perbandingan kad minyak terbaik yang ada di pasaran. Mereka akan melihat model perniagaan anda dan memberikan cadangan kad yang paling ideal. Permohonan juga akan dilakukan bagi pihak anda dan anda akan mendengar semula daripada pihak penyedia kad dengan pantas – dalam masa 1 atau 2 hari bekerja saja. Cubalah!