Kad Kredit Petrol Vs. Kad Minyak Vs. Tunai – Mana Satu Yang Terbaik?
Bagi syarikat pengangkutan yang menguruskan penghantaran barangan atau kontena, salah satu perbelanjaan utama yang terpaksa ditanggung ialah kos bahan api kenderaan fleet. Sekiranya anda mempunyai beberapa trak, lori, kereta atau van fleet, sudahkah anda mempertimbangkan cara pembayaran duit minyak yang paling sesuai untuk syarikat anda? Antara pilihan yang ada diluar sana ialah kad kredit petrol, kad fuel perniagaan dan juga, wang tunai. Setiap satu daripada kaedah pembayaran ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Mari kita lihat mana satu yang terbaik untuk syarikat anda!
Cara bayar duit minyak syarikat – kad kredit petrol vs. kad bahan api vs. tunai
Sebelum kita melihat mana satukah menjadi pilihan terbaik untuk syarikat anda, mari kita ketahui dulu apakah sebenarnya kad kredit petrol, kad fuel perniagaan dan wang tunai.
- Kad fuel perniagaan: Kad jenis ini biasanya dikeluarkan oleh syarikat minyak yang ada di Malaysia. Contohnya seperti Shell, Petronas, Caltex, Petron, dan BHP. Kad ini khas digunakan bagi mengisi petrol dan diesel di stesen minyak jenama kad tersebut sahaja.
- Kad kredit: Kad kredit pula dikeluarkan oleh pihak bank seperti Maybank, CIMB, Ambank, Public Bank atau BSN. Ianya boleh digunakan untuk membeli apa sahaja, termasuklah petrol dan diesel di mana-mana stesen minyak. Terdapat juga kad kredit petrol khas yang dikeluarkan oleh pihak bank.
- Wang tunai: Pilihan ketiga pula menggunakan duit tunai. Pemandu anda mengisi petrol atau diesel menggunakan duit poket sendiri sebelum membuat tuntutan duit minyak pada hujung bulan.
Antara tiga kaedah ini, mana satu yang anda patut pilih?
Sebagai pemilik syarikat pengangkutan atau penghantaran barang, anda perlu memilih jenis pembayaran bahan api yang dapat memberikan penjimatan terbaik. Apabila dibandingkan antara kad kredit petrol, kad minyak dan wang tunai, ternyata kad fuel memberikan lebih banyak manfaat kepada perniagaan fleet anda.
Anda boleh memilih beberapa jenama kad seperti kad fuel Shell, kad SmartPay Petronas atau kad fleet Caltex. Mari kita lihat beberapa sebab kenapa anda perlu memilih kad fuel perniagaan.
1. Kad fuel perniagaan memberikan lebih penjimatan bahan api
Source: Pixabay.com
Di Malaysia, semua stesen minyak menawarkan harga petrol dan diesel pada kadar yang sama. Ini adalah kerana bahan api merupakan salah satu barangan yang dikawal harganya oleh pihak kerajaan, khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Jadi, anda mungkin tertanya-tanya, kenapa anda patut menggunakan kad fuel perniagaan dan bukannya menggunakan kad kredit petrol saja? Sebenarnya, kedua-dua kad minyak perniagaan dan kad kredit petrol memang memudahkan kerja pemandu anda membayar duit minyak ketika membuat pengisian petrol atau diesel di stesen minyak.
Tapi, kad fuel memberikan lebih penjimatan kerana terdapat kad subsidi diesel bagi pemilik syarikat komersial yang layak. Jika anda menggunakan kad kredit petrol, anda tidak dapat menikmati harga minyak bersubsidi ini.
Di bawah program subsidi ini, anda boleh membeli minyak pada harga diskaun, ianya lebih murah berbanding harga minyak di pasaran semasa. Apabila syarikat logistik anda dapat membuat penjimatan bahan api, maka kadar harga perkhidmatan anda juga boleh menjadi lebih berpatutan. Ramai pelanggan pasti gembira menggunakan perkhidmatan penghantaran barangan anda disebabkan oleh harga kompetitif ini.
Selain itu, kad fuel juga boleh digunakan ketika membuat pembelian barangan di kedai stesen minyak, contohnya seperti di Kedai Mesra Petronas. Snek, minuman, syampu kereta, minyak enjin – semuanya boleh digunakan bersama kad fuel bagi mengumpul lebih mata ganjaran.
2. Kad minyak memberikan laporan perbelanjaan yang lebih fokus dan terperinci
Jika anda membiarkan pemandu syarikat menggunakan wang tunai ketika mengisi minyak, ia adalah sukar untuk anda memantau penggunaan bahan api oleh trak, lori atau van fleet syarikat anda. Ianya menelan masa kerana anda perlu menyemak borang tuntutan minyak dan membandingkannya dengan log kerja pemandu anda. Proses ini amat remeh dan mudah berlakunya kesilapan.
Kad kredit petrol menjadi pilihan kedua terbaik kerana anda boleh melihat perbelanjaan pemandu anda melalui penyata kad yang diterima setiap bulan sama ada melalui emel atau secara pos. Rekod ini adalah tepat dan tersusun.
Namun, ia masih mempunyai kekurangan. Laporan penyata kad kredit yang diterima tidak bersifat fokus. Kenapa? Ia adalah kerana, selain daripada perbelanjaan petrol dan diesel, anda akan turut melihat pelbagai perbelanjaan lain yang tiada kena-mengena dengan bahan api. Contohnya, bayaran bil, pembelian barangan atau stok, belanja am dan sebagainya.
Bagi kad fuel pula, laporan yang dijana adalah lebih terperinci dan berfokus kepada bahan api sahaja. Anda boleh menggunakan perisian yang disediakan oleh pengeluar kad untuk melihat laporan terperinci seperti:
- nama pemandu
- kenderaan yang digunakan
- jenis minyak yang diisi
- lokasi pengisian
- jumlah ringgit yang dibelanjakan
- rekod invois/bil minyak bulan-bulan sebelumnya
3. Kad fuel adalah percuma tanpa yuran tahunan
Source: Pexels.com
Ini juga merupakan lagi satu manfaat utama kad minyak perniagaan berbanding kad kredit petrol. Seperti yang kita tahu, pihak bank biasanya mengenakan yuran tahunan kepada kad kredit mereka. Ya, pulangan rebat boleh anda nikmati dengan penggunaan kad kredit petrol tetapi ia biasanya hadir dengan syarat tertentu.
Contohnya anda perlu membelanjakan sejumlah wang sebelum dapat menikmati pulangan tunai tersebut. Dan jumlah pulangannya juga agak kecil. Berbeza dengan kad fuel komersial, harga minyak yang diterima tidak bergantung kepada jumlah perbelanjaan. Jika anda menggunakan kad subsidi diesel, anda pasti dapat menikmati diskaun harga tersebut tanpa mengira jumlah pengisian diesel pada bulan tersebut.
Yang penting, kad minyak ini juga adalah percuma sepanjang tahun, tanpa sebarang caj tambahan atau caj tersembunyi yang biasanya ada pada kad kredit petrol! Ia sememangnya memberikan penjimatan jangka masa panjang!
4. Kad bahan api lebih selamat dan mudah diuruskan
Zaman sekarang, terdapat banyak berlakunya kes penipuan tunai atau scam. Anda pasti sudah mengetahui bahawa tunai adalah kaedah pembayaran yang paling berisiko. Jadi, pastikan anda mempertimbangkan penggunaan kad bahan api perniagaan. Kad kredit petrol dan kad fuel menjadi pilihan yang ideal dari segi aspek keselamatan.
Kad kredit petrol selalunya disertakan dengan nombor PIN, sama seperti kad minyak. Namun, apabila dibandingkan, kad fuel adalah lebih selamat kerana ia boleh ditetapkan kepada pemandu tertentu, kenderaan tertentu, berserta dengan had perbelanjaan yang telah anda tetapkan terlebih dahulu.
Untuk kad kredit, selagi pemandu anda mempunyai PIN kad tersebut, mereka boleh berbelanja sewenang-wenangnya. Tapi, untuk kad fuel perniagaan, anda boleh mengehadkan jenis minyak yang boleh diisi dan berapa jumlah yang mereka boleh belanjakan secara mingguan atau bulanan.
Semuanya boleh dilakukan dengan beberapa klik sahaja di sistem perisian dalam talian yang disediakan oleh pengeluar kad minyak tersebut. Mudah, kan?
5. Menggalakkan amalan penjimatan dan pemanduan profesional
Source: Pexels.com
Data menyeluruh ada direkodkan secara automatik di dalam sistem apabila pemandu anda meleretkan kad fuel mereka di stesen minyak. Anda hanya memerlukan aplikasi tersebut di telefon pintar anda dan menggunakan sambungan Internet.
Dari jauh, anda boleh memantau pergerakan trak, lori dan van fleet anda dengan mudah. Selain itu, anda dapat melihat jumlah pengisian minyak bagi setiap kenderaan atau pemandu syarikat dalam masa nyata.
Lagi satu kelebihan kad bahan api komersial adalah anda boleh mengintegrasikan kad tersebut dengan sistem GPS atau sistem telematik yang ada di pasaran. Ini tidak dapat anda lakukan dengan kad kredit petrol. Ia memberikan data yang lebih komprehensif yang membabitkan corak pergerakan kenderaan fleet dan gaya pemanduan pekerja anda. Antara maklumat lain yang boleh diperolehi dengan bantuan sistem GPS ialah:
- lokasi terkini kenderaan
- lokasi stesen minyak berhampiran
- arah pemanduan terpantas ke stesen minyak
- rekod pemecutan dan pembrekan pemandu
- kadar perbatuan yang dilakukan oleh setiap pemandu atau setiap kenderaan
Dengan semua maklumat ini, bolehlah anda mengambil tindakan selanjutnya bagi menggalakkan amalan pemanduan yang berhemah dan profesional. Anda boleh merangka latihan pemanduan untuk pekerja anda.
Dengan habit pengisian bahan api yang lebih menjimatkan dan gaya pemanduan yang lebih cekap, ia akan memberikan lebih banyak kesan positif jangka panjang. Contohnya, kenderaan akan kurang menerima saman kerana melanggar had kelajuan dan penjimatan penyelenggaraan kenderaan akibat kerosakan atau kemalangan.
6. Cara pembayaran yang lebih mudah dan memperbaiki aliran tunai syarikat
Menggunakan terlalu banyak tunai dalam pengurusan syarikat bukanlah tindakan yang bijak. Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu memastikan aliran tunai perniagaan adalah sentiasa positif. Kita tahu bahawa wang tunai amat berisiko dan terdedah kepada kecurian dan penyelewengan.
Jika kita kehilangan atau keciciran wang, duit tersebut akan hilang dan amat sukar diganti. Ia berbeza dengan penggunaan kad kredit petrol atau kad minyak perniagaan. Sekiranya kad hilang, ia mudah dibatal dan digantikan dengan segera. Anda boleh membuat tuntutan kad baru melalui sistem dalam talian.
Ia membawa kepada kekurangan kes kecurian wang tunai dan penyalahgunaan kad kredit! Kemudian, pada hujung bulan, lihat saja penyata kad kredit petrol atau penyata kad fuel. Anda boleh membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian dengan Maybank2U atau CimbClicks.
Ianya mudah dan selamat. Semua invois dan resit akan dijana secara automatik dan apabila tiba masanya untuk memfailkan cukai setiap tahun, semua perekodan automatik ini akan memudahan urusan pembayaran atau tuntutan pulangan balik cukai anda.
Seperti yang anda lihat, penggunaan kad fuel perniagaan mahupun kad kredit petrol dapat membantu menguruskan aliran wang tunai syarikat anda dengan cekap dan selamat. Semuanya di dalam talian dan direkod secara automatik!
Guna khidmat iCompario dan pilih kad minyak komersial yang sesuai dengan keperluan syarikat anda!
Ada banyak pilihan kad kredit petrol dan kad minyak perniagaan di luar sana. Mana satu yang patut anda pilih? Anda mungkin berasa sukar untuk mencari kad yang paling ideal dengan keperluan perniagaan anda. Tak perlu gusar. Anda boleh menggunakan perkhidmatan perbandingan kad fuel yang dilakukan oleh iCompario.
Anda hanya perlu memberikan maklumat perniagaan dan kenderaan atau pemandu anda kepada iCompario. Konsultan mereka akan menilai maklumat tersebut, membuat perbandingan kad yang ada di pasaran dan memberikan saranan kad kredit petrol atau kad minyak yang paling sesuai dengan anda.
Sekiranya anda setuju dengan saranan tersebut, iCompario akan menghantar maklumat anda kepada pengeluar kad tersebut dan memulakan proses permohonan kad fuel. Kemudian, anda akan dihubungi dalam masa sehari atau 2 hari bekerja.
Dengan bantuan iCompario, anda dapat menguruskan perbelanjaan petrol atau diesel yang dilakukan oleh kenderaan fleet anda. Selain itu, ia turut mengurangkan kos pentadbiran dan memberikan lebih banyak manfaat lain, seperti yang telah kita bincangkan di atas. Jadi, jom guna khidmat iCompario hari ini juga!