Cara Jimatkan Duit Minyak Kereta Dengan Kad Minyak Untuk Syarikat

Isu perbelanjaan duit petrol dan pengurusan kenderaan syarikat adalah antara masalah utama yang sering dihadapi pemilik syarikat, terutamanya yang menguruskan perniagaan logistik, pengangkutan dan kenderaan flit. Adakah anda tahu? Salah satu cara terbaik untuk menjimatkan perbelanjaan bahan api dan pentadbiran perniagaan adalah dengan menggunakan kad minyak untuk syarikat! Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa cara bagaimana anda boleh menjimatkan wang dan masa dengan bantuan kad fuel perniagaan.

Manfaat kad minyak untuk syarikat – ia membantu menjimatkan masa dan wang anda!

Antara persoalan yang sering diajukan kepada para pemilik syarikat – tak kisahlah sama ada ia perusahaan kecil atau sederhana – adalah bagaimana cara yang terbaik untuk mengurangkan kos pentadbiran dan pengurusan. Jawapan kami: anda patut cuba mengautomatikkan mana-mana urusan pentadbiran yang boleh.

 

Menurut Laporan McKinsey, hampir 45% daripada aktiviti berbayar di dalam satu-satu perniagaan sepatutnya boleh diautomatikkan dengan bantuan teknologi! Jadinya, kad minyak untuk syarikat adalah antara alat teknologi terbaik yang dapat mencekapkan lagi urusan pengisian bahan api bagi kenderaan flit anda.

 

Van flit, trak, lori kargo, dan kereta adalah antara aset syarikat yang sering memakan perbelanjaan, dari segi kos bahan api dan penyelenggaraan kenderaan. Selain kos bahan api, terdapat juga kos latihan pemanduan dan juga kos saman yang terpaksa diuruskan sekiranya pekerja anda sering membuat perjalanan perniagaan.

 

Malah, pengurusan pentadbiran juga memainkan peranan dalam meningkatkan perbelanjaan. Apabila anda tidak menggunakan sebarang kad minyak untuk syarikat dan hanya membiarkan pemandu anda mengisi minyak secara manual, anda merumitkan lagi hal tuntutan duit minyak dan perekodan invois syarikat.

 

Terdapat aspek penjimatan yang dapat anda perolehi sekiranya anda mempertimbangkan penggunaan kad minyak untuk syarikat anda: penjimatan masa dan wang! Mari kita lihat satu persatu kelebihan kad fuel perniagaan!

 

1.      Menjimatkan masa dalam hal pentadbiran syarikat

 

Bagi syarikat kecil atau sederhana, anda mungkin tidak mempunyai ramai kerani. Namun, urusan pentadbiran syarikat masih banyak yang perlu diuruskan. Salah satunya adalah berkaitan dengan urusan tuntutan duit minyak. Tanpa bantuan sistem yang efisyen dan alat teknologi seperti kad minyak untuk syarikat, ia akan mengambil masa yang banyak!

 

Apabila anda tidak menggunakan kad fuel perniagaan, pemandu anda perlu sentiasa membawa duit tunai, beratur di kaunter untuk membuat pembayaran (ianya memakan masa!), mengisi minyak dan menyimpan resit kertas tersebut.

 

Sebelum tibanya hujung bulan, mereka kemudiannya perlu menyerahkan semua resit kertas ini kepada kerani syarikat anda. Kerani pula perlu mengumpulkan semua kertas-kertas resit ini, menyemak dan memprosesnya satu persatu dan membuat pembayaran kepada para pemandu.

 

Cuba bayangkan kalau anda mempunyai 10 hingga 15 pemandu? Bukankah proses ini menjadi semakin rumit dan melecehkan? Sebab itulah, anda perlu menggunakan kad minyak untuk syarikat. Kad petrol perniagaan boleh menggantikan semua urusan manual ini dan berubah menjadi satu sistem yang lebih cekap dan tepat.

 

Pemandu anda kini tidak lagi perlu membawa wang tunai untuk tujuan mengisi diesel atau petrol. Mereka hanya perlu membawa kad bahan api syarikat, meleretkannya di stesen minyak dan mengisi mengikut bajet yang telah anda tetapkan terlebih dahulu melalui sistem dalam talian.

 

Setiap pengisian petrol akan direkod secara automatik ke dalam aplikasi pintar dalam talian yang disediakan oleh pengeluar kad. Dengan adanya data ini di dalam sistem, anda boleh melihat secara masa nyata setiap pengisian yang dilakukan oleh pemandu anda. Lagi satu manfaat besar lain yang boleh anda nikmati apabila anda menggunakan kad minyak untuk syarikat adalah tiada lagi kes penipuan tuntutan atau kecurian duit petrol syarikat.

 

Pemandu syarikat tidak perlu lagi menyimpan semua kertas resit yang kita tahu amat mudah hilang atau tercicir! Malah, pengisian borang tuntutan duit minyak secara manual juga boleh dihentikan. Anda hanya perlu memuat turun invois mingguan atau bulanan yang direkod dalam sistem.

 

Yang menariknya, bukan saja invois untuk bulan yang terkini, malah semua sejarah invois bagi transaksi terdahulu juga dapat dijana dan dilihat semula dengan mudah dan cepat. Mudahlah untuk anda menyimpan rekod dan mengemukakan invois ini sebagai bukti perbelanjaan syarikat ketika membuat perfailan cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun. Menarik, bukan?

 

2.      Menjimatkan masa semasa membuat perjalanan perniagaan

Cars driving along a motorway
Source: Unsplash.com

 

Ramai yang menyangka kad minyak untuk syarikat hanyalah sekadar kad yang digunakan untuk membayar duit petrol ketika membuat pengisian di stesen minyak. Namun, bukan itu saja manfaat kad petrol. Anda mungkin tak tahu sebelum ini bahawa kad fuel juga dapat membantu mempermudahkan urusan pemandu anda mencari stesen minyak pilihan yang terdekat!

 

Kad fuel perniagaan biasanya disertakan dengan sistem dalam talian yang boleh diakses melalui peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Selain menguruskan kad, sistem ini turut menyediakan sistem pengesan lokasi stesen minyak pilihan anda.

 

Dengan sistem aplikasi dalam talian yang disediakan oleh pengeluar kad minyak untuk syarikat, anda boleh mencari arah jalan ke stesen bagi mengisi minyak. Ini sangat menjimatkan masa pemandu anda yang sedang membuat perjalanan perniagaan!

 

Melalui sistem GPS dan petunjuk arah jalan, pekerja syarikat anda yang sedang menghantar barangan kargo atau menghadiri mesyuarat luar bersama rakan kongsi atau klien tidak perlu lagi membuat lencongan yang jauh atau tersesat ketika pergi ke bandar atau tempat baru.

 

Malah, sesetengah aplikasi ini turut mengesan kesesakan lalu lintas dan memberikan arah perjalanan yang paling pantas! Kini, urusan perjalanan perniagaan anda semakin cekap dan laju. Bukan saja kos pentadbiran yang dapat dikurangkan, malah kos perjalanan juga dapat dijimatkan!

 

Maka, bolehlah anda menawarkan kadar harga barang atau perkhidmatan pada tahap yang lebih kompetitif dan menarik di atas penjimatan yang telah anda lakukan dengan bantuan kad minyak untuk syarikat. Mudahkan sifirnya? Semakin cekap kerja anda dan pantas perjalanan perniagaan anda, semakin kurang kos pentadbiran dan seterusnya, semakin bagus dan murah perkhidmatan anda!

 

3.      Menjimatkan masa dalam menguruskan van flit, lori, trak dan kereta syarikat anda

 

Selain itu, kad minyak untuk syarikat memberikan lagi satu manfaat iaitu ia turut boleh membantu anda menguruskan kenderaan syarikat secara lebih efektif. Bagaimana caranya? Begini. Ketika mengisi borang dan menetapkan jenis kad yang anda mahukan, anda boleh membuat pilihan sama ada memberikan kad minyak tersebut kepada setiap pemandu atau kepada setiap kenderaan yang syarikat anda miliki.

 

Sekiranya anda memilih untuk menyediakan kad untuk setiap kereta, van, trak, atau lori syarikat anda, maka anda boleh melihat lebih banyak maklumat tentang kenderaan anda di sistem aplikasi yang disertakan. Melaluinya, anda boleh melihat info seperti:

 

  • kos pengisian minyak bagi minggu atau bulan tertentu
  • arah perjalanan yang sedang atau telah dilalui oleh kenderaan
  • cara pemanduan seperti pecutan atau pembrekan kenderaan
  • mengetahui lokasi semasa van flit, trak, lori atau kereta melalui sistem GPS atau sistem telematik

 

Semuanya boleh dipantau dengan menggunakan telefon pintar atau tablet anda. Kini, anda tidak perlu lagi menggunakan telefon dan menelefon pemandu anda untuk mengetahui di mana lokasi mereka sekarang.

 

Malah, dengan melihat perbatuan dan jarak perjalanan yang telah dilalui oleh satu-satu kenderaan, anda secara tidak langsung dapat juga mengetahui sama ada sudah sampai masanya untuk kenderaan tersebut melakukan servis atau menukar alat ganti.

 

Dengan bantuan kad minyak untuk syarikat, peranti pintar dan sambungan Internet yang stabil, kini pengurusan kenderaan syarikat anda menjadi lebih pantas dan menjimatkan masa! Sangat bermanfaat, kan?

 

4.      Menjimatkan wang ketika menguruskan kenderaan flit anda

A DHL delivery van
Source: Unsplash.com

 

Tiga nota terdahulu membincangakan manfaat penggunaan kad minyak untuk syarikat dari segi penjimatan masa. Sekarang, mari kita lihat pula faedah penggunaan kad fuel komersial dari aspek penjimatan wang.

 

Berbanding mengisi minyak secara manual dan tunai, kini anda dapat menjimatkan lebih banyak wang sekiranya menggunakan kad minyak untuk syarikat anda. Terdapat beberapa pengeluar kad bahan api yang menawarkan harga petrol atau diesel pada kadar yang lebih menarik. Harganya boleh menjadi lebih kompetitif dengan tawaran seperti harga subsidi, rebat, diskaun, pulangan tunai dan mata ganjaran.

 

Apa yang anda perlu buat adalah meleretkan saja kad minyak anda di mesin kad di stesen petrol dan dapatkan harga istimewa bukan saja ketika mengisi minyak, malah ketika membeli barangan di kedai stesen petrol tersebut!

 

Dalam jangka masa panjang, anda akan dapat melihat jumlah duit syarikat yang telah dijimatkan apabila anda mengisi minyak dengan menggunakan kad fuel ini. Diskaun, rebat dan mata ganjaran ini tidak dapat anda nikmati sekiranya anda mengisi dengan wang tunai, tanpa menggunakan sebarang minyak untuk syarikat!

 

5.      Menjimatkan wang ketika menguruskan kenderaan flit syarikat

 

Sebagai pemilik syarikat, anda mesti tahu betapa mahalnya sistem aplikasi pengesanan flit yang profesional. Bagi syarikat kecil atau sederhana, ia mungkin di luar kemampuan anda untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli sistem pengurusan flit atau sistem telematik.

 

Kini dengan kad fuel, anda akan mendapat akses kepada sistem pintar dalam talian yang biasanya disertakan secara bersama dengan kad minyak untuk syarikat anda. Dengan sistem aplikasi yang telah dibangunkan oleh penyedia kad, anda dapat menjimatkan wang tanpa perlu membeli sistem yang berasingan.

 

Dengan memanfaatkan sistem pintar atau sistem telematik, anda boleh meningkatkan kecekapan pentadbiran syarikat dan pengurusan pemandu serta kenderaan flit anda. Antara proses yang boleh dilakukan melalui sistem ini adalah:

 

  • melihat senarai pemandu dan kenderaan syarikat yang mempunyai kad fuel
  • melihat perbelanjaan minyak setiap pemandu atau kenderaan
  • melihat jarak perjalanan perniagaan yang dilalui kenderaan
  • memantau cara dan prestasi pemanduan pemandu
  • menyemak lokasi semasa pemandu
  • mengautomatikkan penjanaan invois dan urusan tuntutan
  • menjana laporan perbelanjaan bahan api syarikat secara berkala

Jimatkan masa dan wang syarikat anda dengan bantuan kad minyak komersial!

Tidak dinafikan lagi, kad minyak untuk syarikat dapat memberikan banyak kelebihan kepada anda. Ia akan membantu anda menguruskan perbelanjaan petrol atau diesel untuk setiap pemandu syarikat. Malah, dengan mengintegrasikan kad fuel perniagaan itu bersama dengan sistem telematik atau kad kredit, anda akan menggandakan manfaat tersebut!

 

Anda tidak tahu kad fuel mana yang patut anda pilih? Anda tidak tahu sistem telematik mana yang paling sesuai untuk anda gunakan? Anda merancang mahu menggunakan kad kredit petrol? Jom gunakan perkhidmatan iCompario!

 

iCompario akan mencarikan kad minyak untuk syarikat anda yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan anda. Melalui bantuan konsultan berpengalaman mereka, anda akan disarankan kad petrol terbaik dari salah satu penyedia kad fuel perniagaan yang ada di Malaysia. Antaranya adalah Shell, Petronas, Caltex, Petron dan BHP.

 

Biasanya urusan permohonan dan pemprosesan akan mengambil masa sehari hingga 2 hari bekerja. Diharapkan dengan kad fuel ini, ia akan mengurangkan kos perbelanjaan petrol dan pentadbiran syarikat anda. Mari cubanya dengan bantuan iCompario!