Panduan | Cara Menjimatkan Minyak Kereta Dan Mengurangkan Pelepasan Gas Karbon

Cara Menjimatkan Minyak Kereta Dan Mengurangkan Pelepasan Gas Karbon

Malaysia semakin menuju ke arah negara maju dan mesra alam. Teknologi hijau semakin mendapat tempat dan dilaporkan bahawa sehingga kini, negara kita berjaya mengurangkan sehingga 33% intensiti pelepasan gas rumah hijau daripada KDNK, iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar. Sebagai pemilik syarikat pengangkutan atau logistik, anda perlu mengikuti trend semasa dan turut mencari jalan cara menjimatkan minyak kereta dan sekaligus, membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida! Mari lihat beberapa cara jimat minyak kereta yang boleh anda gunapakai dalam pengurusan perniagaan anda.

Cara menjimatkan minyak kereta dengan langkah berkesan mesra eko

Sebagai pengendali syarikat kenderaan flit, anda sudah pasti perlu memastikan pengurusan kenderaan, pemandu, dan perbelanjaan bahan api berada di tahap yang terbaik. Adakah anda tahu? Dengan mencari jalan cara menjimatkan minyak kereta, anda juga membantu dalam memastikan kelestarian alam sekitar.

1)      Pengurusan perbelanjaan minyak petrol yang cekap

Sekiranya syarikat anda beroperasi di sekitar Lembah Klang, anda perlu tahu yang kerajaan Selangor menyasarkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau sehingga 45% menjelang tahun 2020. Makanya, anda perlu bersiap sedia untuk menggunakan amalan pengurusan perniagaan yang mesra alam secepat mungkin. Buat pemilihan jenis petrol yang mesra eko dan gunakan kad fuel yang terbaik untuk syarikat anda bagi memantau penggunaan minyak kenderaan.

Dengan kad fuel, anda boleh menetapkan had perbelanjaan bagi setiap kenderaan atau pemandu anda. Ia sekaligus mendidik pekerja anda untuk mengelakkan pembaziran serta mengamalkan pemanduan yang jimat diesel atau petrol. Semakin kurang penggunaan bahan api, semakin kurang kadar pelepasan gas rumah hijau!

Sumber: Pixabay.com

Melalui aplikasi dalam talian yang disertakan dengan kad fuel perniagaan, anda boleh memantau cara pemanduan pekerja dan seterusnya mengurangkan tabiat yang tidak mesra alam seperti berhenti terlalu lama di R&R tanpa sebab munasabah dan dengan tidak mematikan enjin. Anda perlu tahu yang berhenti selama sejam dengan enjin terpasang boleh membazirkan sehingga 3.7 liter petrol!

Apabila pemandu anda tahu yang amalan pengisian minyak kereta mereka dipantau rapi, mereka akan lebih berhati-hati ketika membuat perjalanan perniagaan. Mereka akan mengetahui cara menjimatkan minyak kereta seperti:

  • menekan pedal minyak secara lebih baik
  • mengurangkan pembrekan melulu
  • menjaga jarak kenderaan yang selamat
  • memastikan tekanan tayar di tahap optimum untuk menjimatkan penggunaan petrol. Tekanan tayar yang kurang akan meningkatkan penggunaan minyak kereta hingga 35%

Jadi, mari jimatkan penggunaan bahan api bagi kenderaan flit anda serta gunakan khidmat iCompario untuk mengetahui jenis kad yang sesuai dengan keperluan syarikat!

2. Penggunaan kereta elektrik bagi kenderaan syarikat

Ketika membuat pemilihan dan pembelian kenderaan syarikat, apa kata anda pertimbangkan penggunaan kenderaan hibrid atau elektrik. Ia sesuai untuk digunakan oleh pengurus syarikat anda yang perlu sentiasa melakukan perjalanan perniagaan bagi menghadiri mesyuarat dengan rakan kongsi, pembekal mahupun klien.

Antara cara menjimatkan minyak kereta adalah dengan menggunakan teknologi pengecas EV. Ia sangat membantu mengurangkan perbelanjaan petrol. Penggunaan kenderaan elektrik akan mengurangkan 69% penggunaan bahan api dan kos penyelenggaraan sebanyak 64%! Dengan cara ini, anda turut dapat menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas karbon dan meningkatkan kualiti udara dan kelestarian alam sekitar.

Kalau syarikat anda berada di sekitar bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, Selangor dan Kuala Lumpur, anda tidak perlu risau untuk mencari rangkaian stesen Pengecas Kenderaan Elektrik bagi kenderaan hibrid atau elektrik anda. TNB dijangka akan membangunkan hampir 100 stesen mengecas kenderaan elektrik (EV) menjelang akhir tahun ini!

Anda perlu tahu yang teknologi berinovatif dan mesra eko ini semakin dapat tempat di Malaysia. Anda tak patut terlepas mengikuti trend kereta elektrik. Inilah peluang anda untuk mempamerkan reputasi syarikat yang mesra alam untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Harga kenderaan hibri mahal di pasaran? Anda tak perlu risau. Kini, kerajaan turut memberikan bantuan dengan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau. Kemudahan bantuan kewangan ini diberikan kepada syarikat yang mengeluarkan atau menggunakan teknologi hijau di dalam operasi perniagaan mereka. Pembiayaan ini diberikan sehingga selama 10 tahun bagi pengguna produk mesra eko.

Anda berminat? Ketahui kriteria kelayakan pembiayaan bagi pemilik syarikat di dalam industri pengangkutan khususnya.

3. Optimumkan laluan perjalanan perniagaan bagi trak, lori, treler atau van flit

Sumber: Pixabay.com

Lagi satu cara menjimatkan minyak kereta syarikat adalah dengan mengelak dari menetapkan perjalanan perniagaan yang dilakukan oleh kenderaan flit anda secara manual. Penghantaran yang tidak dirancang bermakna yang laluan yang digunakan oleh pemandu adalah bersifat impulsif.

Ianya bukan jalan yang terpantas atau paling singkat. Lagi lama pemandu di jalanan, lagi banyak pelepasan gas karbon berlaku dan ini meningkatkan penggunaan bahan api kenderaan. Jadi, gunakan bantuan teknologi pintar seperti GPS. Sistem telematik juga boleh memantau pergerakan kenderaan syarikat anda. Perekodan data yang dilakukan oleh aplikasi ini merangkumi pergerakan kenderaan, masa pelepasan dan masa berhenti di satu-satu lokasi.

Selain itu, anda dapat menjana laporan penggunaan kenderaan flit anda. Sebagai kesannya, ia membantu meningkatkan:

  • produktiviti
  • kecekapan urusan logistik
  • keselamatan pemandu
  • perbelanjaan petrol

Dengan bantuan sistem telematik atau aplikasi pintar lain yang memberi rekod secara masa nyata, pemandu dapat mengelakkan jalan yang dilanda kesesakan trafik. Sistem ini juga dapat menunjukkan stesen minyak berhampiran. Semua penambahbaikan masa pemanduan di laluan perjalanan, kawalan perbelanjaan petrol dan pemantauan pekerja bukan saja menjimatkan duit minyak syarikat, malah mengurangkan pelepasan gas karbon dioksia ke udara. Bijak, kan?

 

4. Latihan pemanduan untuk meningkatkan prestasi pemanduan

Anda nak tahu cara menjimatkan minyak kereta syarikat yang lain lagi? Cuba berikan latihan pemanduan berhemah kepada pemandu anda supaya mereka tahu teknik memandu yang mesra eko. Latihan ini dapat memupuk pemanduan dengan cara menjimatkan minyak dan mengurangkan pelepasan asap kenderaan ke udara.

Contohnya, pemandu anda perlu tahu teknik menekan pedal minyak dengan betul bagi setiap jenis jalan raya. Ia sama ada bagi jalan raya di bandar yang sesak, di lebuh raya, jalan berbukit seperti ke Cameron Highlands, mahupun jalan kampung yang sempit dan bersimpang-siur. Anda boleh menggunakan bantuan sistem telematik dan kad fuel perniagaan untuk memantau perbelanjaan diesel atau petrol. Bagi menjaga kualiti udara dan menjadi syarikat logistik yang mesra alam, terdapat juga sistem telematik yang memberikan laporan kadar pelepasan gas hijau. Penggunaan bantuan sistem aplikasi dalam talian ini menjadi semakin penting saban hari.

Kenapa? Ia adalah kerana kerajaan Malaysia kini sedang dalam peringkat perancangan bagi menggubal Akta Perubahan Iklim. Ia dijangka akan digubal dalam masa dua tahun lagi! Menerusi Akta Perubahan Iklim ini, setiap syarikat dalam semua sektor ekonomi perlu memberikan laporan kadar pelepasan gas rumah hijau masing-masing. Jadi, fikirkan cara untuk menyediakan laporan ini bermula hari ini dengan bantuan kad petrol dan sistem telematik!

 

5. Penyelenggaraan kenderaan flit secara berkala

Kalau anda mahu mengurangkan perbelanjaan duit minyak petrol syarikat dan membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, jangan lupa juga untuk menghantar kenderaan syarikat bagi membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan secara berkala. Langkah ini juga adalah salah satu cara menjimatkan minyak kereta yang berkesan.

Anda perlu memastikan peralatan kenderaan flit anda sentiasa berada di dalam keadaan baik. Contohnya seperti minyak gear, minyak brek, minyak enjin, palam pencucuh, tali kipas dan pad brek. Adakah anda tahu? Penalaan enjin yang tidak bagus boleh meningkatkan penggunaan petrol sehingga lebih 50%.

Selain itu, terdapat kajian yang dilakukan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Johor menyatakan bahawa dengan meningkatkan bateri kenderaan anda dari 12V ke 16V, ia dapat mengurangkan penggunaan minyak sehingga 33%. Dengan penggunaan alat ganti yang asli dan terbaik untuk kenderaan flit syarikat, sememangnya anda mampu menjimatkan kos duit minyak dan mengurangkan pelepasan gas karbon yang berbahaya ke udara.

 

Cuba cara menjimatkan minyak kereta syarikat yang kami kongsikan ini dan jadi syarikat mesra alam

Sumber: Unsplash.com

Ada banyak manfaatnya jika anda menjadikan syarikat anda mesra eko dan menggunakan produk atau amalan teknologi hijau bagi mengurangkan pelepasan gas CO2 ke udara. Anda bukan saja dapat menarik minat lebih ramai pelanggan yang sayangkan alam sekitar, malah turut boleh mengurangkan perbelanjaan petrol bagi kenderaan flit anda.

Yang pastinya, anda tidak akan rugi jika mencuba cara menjimatkan minyak kereta syarikat yang kami kongsikan di dalam artikel ini. Integrasi antara kad fuel perniagaan dan sistem telematik boleh mencekapkan lagi pengurusan penggunaan bahan api dan memantau pergerakan kenderaan serta tabiat pemanduan pekerja anda. Semua ini, jika diuruskan sebaiknya, akan mengurangkan kadar pelepasan gas karbon yang dilakukan oleh syarikat anda.

Anda berminat nak tahu kad petrol mana yang ideal untuk perniagaan anda? Anda teringin untuk menggunakan sistem telematik sebagai salah satu alat pengurusan flit avls anda? Gunakan khidmat iCompario yang dapat membandingkan kad fuel dan sistem telematik yang ada di pasaran bagi pihak anda. Ianya mudah dan cepat. Buat permohonan sekarang dan konsultan iCompario bersedia untuk membantu anda!

Tangani Pekerja Pemandu Bermasalah Dengan Pengesan GPS Untuk Kereta

Tangani Pekerja Pemandu Bermasalah Dengan Pengesan GPS Untuk Kereta

Cara Menguruskan Syarikat Pengangkutan Fleet Dengan Cekap

Cara Menguruskan Syarikat Pengangkutan Fleet Dengan Cekap

Cara Jimatkan Duit Minyak Kereta Dengan Kad Minyak Untuk Syarikat

Cara Jimatkan Duit Minyak Kereta Dengan Kad Minyak Untuk Syarikat

Cara Menjimatkan Minyak Kereta Dan Mengurangkan Pelepasan Gas Karbon

Cara Menjimatkan Minyak Kereta Dan Mengurangkan Pelepasan Gas Karbon