Tangani Pekerja Pemandu Bermasalah Dengan Pengesan GPS Untuk Kereta

Ketika menguruskan perniagaan logistik yang melibatkan banyak perjalanan perniagaan, antara kos yang perlu diuruskan sebaik mungkin adalah kos pengurusan pemandu dan kenderaan syarikat. Sebagai pemilik syarikat, antara masalah yang sering dihadapi adalah isu sikap pemandu. Pemandu yang bermasalah bukan saja memeningkan kepala anda, tapi turut memberi kesan kepada buku kewangan anda – ia memakan kos kewangan yang tinggi! Tahukah anda, salah satu cara untuk menangani pemandu yang tidak berhemah adalah dengan memasang pengesan GPS untuk kereta. Bagaimana ia dapat bantu anda? Jom baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Apakah itu pemandu yang bermasalah dari perspektif undang-undang dan perniagaan?

Sebelum kita lihat kepada isu pemandu yang bermasalah yang anda mungkin alami sekarang, mari kita lihat terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan “pemandu bermasalah”? Apabila anda tahu kriterianya, mudahlah untuk anda tangani satu per satu, kan?

 

Definisi pemandu tidak berhemah menurut pandangan undang-undang

 

Menurut pandangan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, pemandu kenderaan yang bermasalah dan tidak berhemah sering membuat salah satu daripada kesalahan trafik berikut:

 

  • Memandu melebihi had laju
  • Memandu di lorong kecemasan
  • Memotong di garisan berkembar
  • Memotong barisan
  • Tidak mematuhi lampu isyarat
  • Menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu

 

Malah menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), hampir 98.6% kenderaan berat komersial sering memecut di jalan raya dan melanggar had laju. Manakala, 57% kenderaan komersial juga gemar berada di lorong tengah sehingga mengganggu trafik!

 

Definisi pemandu bermasalah dari sudut perniagaan

 

Anda mungkin ingat pemandu yang teruk adalah pemandu yang hanya melanggar undang-undang saja. Tidak juga. Anda perlu tahu yang pemandu bermasalah turut melakukan beberapa kesalahan berikut ketika membuat pemanduan perniagaan seperti menghantar barangan kargo atau menghadiri mesyuarat dengan klien.

 

  • Memandu kereta, van, trak atau lori syarikat secara tergopoh-gapah dengan gemar menekan pedal minyak secara melulu
  • Suka menekan brek berkali-kali tanpa cuba untuk mengawal kenderaan dengan memperlahankan kenderaan atau menjaga jarak ketika di jalan raya
  • Memandu pada gear yang salah, sama ada di jalan berbukit, di jalan bandar atau di lebuh raya

Kesan yang boleh timbul akibat pemanduan yang teruk oleh pekerja syarikat anda

Tahukah anda, menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dari tahun 2002 sehingga 2011, bilangan kematian akibat kemalangan membabitkan kenderaan logistik yang membawa barang perniagaan telah meningkat dari 197 kepada 247 orang? Sememangnya, kemalangan boleh berlaku namun ia masih boleh dihindari! Ia akan memberikan beberapa kesan kepada syarikat anda, seperti yang dijelaskan di bawah.

 

A.      Kos saman meningkat

Speed camera
Sumber: Pixabay.com

 

Semua kesalahan pemanduan akan memberikan kesan kepada perniagaan anda sekiranya ia dilakukan oleh pemandu. Apabila melanggar undang-undang, pemandu syarikat mungkin akan dikenakan saman oleh polis trafik, JPJ mahupun polis.  Selain itu, lesen memandu mungkin ditarik balik. Ini akan menyukarkan mereka untuk bekerja dan terus membuat penghantaran barangan.

 

B.      Kos insuran naik

 

Sekiranya berlaku kemalangan, ia turut akan memberikan kesan kepada perniagaan anda. Anda perlu menghantar seorang wakil syarikat untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah. Ini akan menelan masa dan belanja tambahan syarikat, yang disebabkan oleh tuntutan insurans oleh pihak ketiga. Produktiviti kerja pekerja anda juga akan turut terkesan!

 

Apabila berlakunya tuntuntan insuran, sudah pasti kadar premium insuran kenderaan syarikat juga akan turut meningkat. Ini adalah kerana apabila anda membuat tuntutan, kadar NCD anda akan diset kepada 0% semula. Maka, tiada potongan diskaun dapat dinikmati lagi! Anda boleh menyemak kadar NCD semasa anda di sini.

 

Selain nilai NCD yang menurun, ada beberapa faktor lain yang mempengaruhi kadar premium insurans yang perlu anda bayar. Antaranya ialah:

 

  • Sikap pemandu
  • Pengalaman pemandu
  • Rekod tuntutan sebelum ini
  • Rekod kesalahan trafik

 

C.      Reputasi syarikat terjejas

 

Dari aspek lain, pemanduan yang buruk oleh pekerja yang memandu kenderaan syarikat akan turut boleh merosakkan reputasi syarikat anda. Terutamanya, jika nama dan logo syarikat jelas terpampang di pintu kenderaan anda. Anda tahu sajalah, di Malaysia, sekiranya pemanduan teruk anda dapat dirakam di video oleh pemandu kereta lain, syarikat anda mungkin boleh menjadi tular – secara negatif – dan akan dikecam oleh netizen!

 

D.     Kos Kenderaan – Enjin cepat rosak, peralatan kenderaan cepat haus

 

Selain itu, dengan habit gemar menekan pedal minyak dan menekan brek semberono, ia akan meningkatkan penggunaan petrol atau diesel. Malah, pad brek dan tayar juga mudah haus dan perlu sering diganti. Malah, menurut MIROS, 1.7% kes kemalangan membabitkan kenderaan barangan  adalah disebabkan kerosakan tayar! Prestasi enjin juga mudah merosot dan rosak. Semua ini akan meningkatkan kos penyelenggaraan kenderaan syarikat.

Pengesan GPS Untuk Kereta – Bantu Pekerja Anda Jadi Pemandu Berhemah

Seperti yang anda lihat, pemandu yang teruk akan memberikan kesan kepada syarikat anda. Ia boleh meningkatkan kos saman, kos penggunaan minyak petrol, kos pembaikan kenderaan dan kos latihan. Penggunaan pengesan GPS untuk kereta merupakan salah satu cara untuk memperbaiki habit buruk pemandu syarikat anda. Mari lihat pelbagai cara lain lagi!

 

1.      Pantau prestasi pemanduan dengan bantuan sistem pintar seperti sistem telematik

Someone driving a car in traffic
Sumber: Unsplash.com

 

Antara cara berkesan untuk melihat prestasi pemandu syarikat yang membuat perjalanan perniagaan adalah dengan memasang sistem telematik yang profesional dan cekap. Sistem telematik ini dapat memantau pergerakan kenderaan syarikat anda secara masa nyata dengan bantuan penggunaan alat pengesan GPS untuk kereta.

 

Alat pengesan lokasi kereta ini bukan saja memberikan anda gambaran lokasi terkini setiap pemandu anda, tetapi ia juga turut merekod cara pemanduannya. Contohnya seperti pemecutan dan pembrekan. Anda juga boleh mengetahui sekiranya pemandu anda melanggar had laju atau berhenti terlalu lama di satu-satu tempat, tidak seperti yang dijadualkan. Semua ini boleh dikesan oleh sistem pintar seperti pengesan GPS untuk kereta anda!

 

Dengan adanya segala rekod yang dirakam oleh pengesan GPS kenderaan, anda dapat melatih pemandu dan memupuk habit pemanduan yang berhemah. Ia sekaligus membantu mengurangkan saman, mengurangkan kerosakan enjin atau kehausan alat kenderaan.

 

Ketahui mana satu sistem telematik yang paling sesuai dengan syarikat anda dengan menggunakan iCompario. Ia membandingkan sistem yang ada di pasaran dan memberikan saranan sistem yang paling ideal. Ianya akan memudahkan kerja anda!

 

2.      Galakkan pemanduan yang menjimatkan petrol atau diesel – kad fuel perniagaan boleh membantu!

 

Selain pengurusan flit GPS AVL yang cekap melalui sistem telematik atau alat pengesan GPS untuk kereta, kos minyak petrol tinggi yang disebabkan oleh cara pemanduan yang teruk juga boleh dikurangkan dengan bantuan kad fuel.

 

Kad fuel membolehkan anda mengurangkan operasi tuntutan duit petrol secara manual, menetapkan had perbelanjaan minyak dan melihat data secara dalam talian melalui aplikasi yang disediakan oleh penyedia kad fuel. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut ke telefon pintar anda. Menarik, kan?

Shell fuel station
Sumber: Unsplash.com

 

Penggunaan kad fuel terbaik yang sesuai dengan keperluan syarikat anda dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan dan meningkatkan keuntungan syarikat dalam masa panjang. Melalui data perbelanjaan yang anda dapat dari aplikasi, anda boleh mendidik pemandu anda untuk memandu secara menjimatkan minyak.

 

Antaranya seperti:

 

  • Mengekal kelajuan yang konsisten
  • Menjaga jarak kereta supaya tidak perlu sentiasa menekan brek
  • Matikan enjin apabila berhenti di kawasan R&R lebih dari seminit

 

Anda berminat nak tahu kad fuel perniagaan yang mana paling sesuai untuk anda? Gunakan perkhidmatan perbandingan kad fuel petrol oleh iCompario. Menggunakan maklumat yang anda berikan, iCompario boleh menyarankan kad yang menawarkan paling banyak ganjaran dan yang menyediakan tawaran harga paling menarik.

 

3.      Latihan pemanduan profesional yang berkala dan berterusan

 

Dengan bantuan sistem telematik, alat pengesan GPS untuk kereta dan kad fuel (yang turut boleh diintegrasikan bersama), anda boleh mula merangka latihan pemanduan secara profesional dan melatih pemandu syarikat anda supaya memandu secara lebih berhemah.

 

Dengan pemantauan secara berterusan melalui bantuan peranti seperti pengesan GPS untuk kereta, mudah untuk anda mengubah kandungan latihan pemanduan tersebut mengikut prestasi atau habit semasa setiap pemandu anda. Antara habit keselamatan pemanduan lain yang perlu dipupuk adalah:

 

  • Sentiasa menyemak tekanan tayar sebelum membuat perjalanan perniagaan
  • Memeriksa minyak enjin, brek dan gear secara berkala
  • Memastikan air enjin mencukupi untuk mengelakkan kerosakan enjin

Tangani Sikap Pemandu Bermasalah Dengan Bantuan Sistem GPS Kereta Online, Kad Fuel dan Program Latihan

Kesimpulannya, anda mampu meningkatkan produktiviti kerja dan mengurangkan kos kewangan syarikat dengan menangani pemandu syarikat yang bermasalah. Sikap pemandu yang teruk boleh memberikan pelbagai kesan kepada prestasi syarikat anda!

 

Seperti yang telah dibincangkan, anda boleh menangani sikap pemandu bermasalah dengan menggunakan bantuan alat pengesan GPS untuk kereta, penggunaan kad fuel berserta aplikasi dalam talian, dan merangka program latihan pemanduan profesional.

 

Gunakan perkhidmatan iCompario untuk mengetahui sistem telematik mana yang ideal untuk anda dan kad fuel petrol mana yang sesuai dengan keperluan syarikat anda. Dengan bantuan pengesan GPS untuk kereta syarikat anda berserta pengurusan petrol yang automatik, anda boleh memantau prestasi pemandu. Ianya mudah, tepat dan memberikan banyak manfaat pada syarikat. Cubalah!