Alat Pengesan Lokasi Kereta: Menjamin Keselamatan Data Syarikat
Bandingkan Sistem Telematik
Ketahui lebih lanjutBandingkan Sistem Telematik
Gunakan telematik untik mengawal kercekapan dan efisen kenderaan & pengangkutan
Ketahui lebih lanjutRamai pemilik syarikat kecil dan sederhana di Malaysia telah memahami kepentingan penggunaan alat pengesan lokasi kereta bagi kenderaan fleet yang dimiliki. Kesedaran ini timbul terutamanya di kalangan mereka yang menjalankan perniagaan berkaitan perdagangan, pengangkutan, logistik dan kereta sewa. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan tentang kepentingan penggunaan sistem pengesanan kenderaan dan membincangkan sama ada teknologi sistem telematik ini dapat menjamin keselamatan data syarikat anda.
Pemilihan sistem telematik yang tepat untuk keperluan syarikat anda
Terdapat beberapa jenis alat pengesan lokasi kereta GPS di pasaran. Ada sistem pengesan kenderaan yang bersifat “Plug-and-Play” di mana ia didatangkan dengan satu peranti pengesan yang bersaiz kecil. Anda hanya perlu menyorokkannya di bahagian tersembunyi di dalam kenderaan anda.
Biasanya, alat pengesan lokasi kereta GPS jenis ini tidaklah mahal harganya. Dan maklumat lokasi semasa kereta boleh dilihat secara terus melalui penghantaran SMS di telefon pintar anda. Ianya mudah dan tidak memerlukan pemasangan yang rumit.
Jika syarikat anda memiliki bilangan saiz kenderaan fleet yang besar dan menumpukan kepada perniagaan penghantaran barangan dan logistik, maka pemasangan sistem telematik yang menyeluruh mungkin lebih ideal bagi memenuhi keperluan syarikat anda.
Bagi perniagaan pengangkutan yang besar, pemasangan yang lebih sofistikated mungkin diperlukan. Ia melibatkan pendawaian dan pemasangan kekal di bahagian enjin treler, lori, trak, van fleet dan kereta syarikat anda. Alat pengesan lokasi kereta GPS jenis ini akan diaktifkan secara automatik setiap kali enjin kenderaan tersebut dipasang.
Harganya di pasaran mungkin agak mahal tetapi penggunaan alat pengesan lokasi kereta jenis ini biasanya tidak mudah untuk digodam, dicuri, dibuka atau diganggu. Data yang direkod juga adalah secara berterusan serta lebih tepat dan boleh dipercayai.
Manfaat menggunakan alat pengesan lokasi kereta untuk perniagaan anda
Secara ringkasnya, kami senaraikan beberapa manfaat yang dapat anda nikmati apabila anda memasang sistem telematik dan menggunakan alat pengesan lokasi kereta bagi setiap kenderaan fleet yang digunakan oleh pemandu anda.
- Ketahui lokasi dan destinasi terakhir setiap aset fleet di jalanan
- Ketahui status terkini enjin kenderaan
- Terima mesej amaran melalui notifikasi SMS sekiranya kenderaan melencong atau keluar dari kawasan pemagaran geografi yang ditetapkan
- Ketahui rekod perbatuan setiap kenderaan fleet
- Semak dan pantau cara pemanduan setiap pekerja anda
- Perbaiki masa dan produktiviti penghantaran barangan perniagaan
- Perbaiki gaya pemanduan dengan merangka sistem latihan pemanduan
- Tingkatkan jualan dan kurangkan perbelanjaan pentadbiran
Kos memiliki dan menyelenggara kenderaan fleet yang tinggi
Seperti yang kita tahu, kos memiliki kereta syarikat tidaklah murah. Ia meliputi kos pembelian, penyelenggaraan, dan insurans kereta yang perlu dibayar setiap tahun. Jadi, aspek pengurusan kenderaan amat penting untuk mengawal kos perbelanjaan yang melibatkan kenderaan fleet anda.
Salah satu cara berkesan untuk menguruskan kereta syarikat, treler, lori, trak dan van fleet anda adalah dengan menggunakan sistem avls pengurusan fleet. Ia merupakan satu sistem menyeluruh yang mengguna pakai teknologi alat pengesan lokasi kereta GPS dan sistem perisian yang memaparkan pelbagai data terkini dan rekod masa lalu berkaitan kenderaan syarikat.
Dengan bantuan alat pengesan lokasi kereta ini, lebih mudah untuk anda menguruskan perjalanan setiap kenderaan yang anda miliki. Pemantauan dapat dibuat secara pantas dan dalam masa nyata. Contohnya, anda dapat mengetahui masa dan lokasi terkini van fleet anda yang telah dijadualkan untuk membuat penghantaran dari Klang ke Johor Bahru.
Ianya semudah menghantar SMS atau melihat terus melalui sistem aplikasi yang disediakan. Anda tidak perlu menelefon sendiri pemandu untuk bertanyakan lokasi mereka. Sekiranya anda mempunyai seorang dua pemandu, proses menelefon tersebut mungkinlah tidak sukar. Tetapi, bayangkan jika anda mempunyai 20 ke 30 pemandu? Ia tentu sukar dan rumit!
Dalam aspek penyelenggaraan kereta syarikat pula, adakah anda tahu yang sistem telematik dapat membantu anda membuat penjadualan servis kenderaan dengan mudah dan tepat. Melalui tablet, laptop atau telefon pintar anda saja, anda boleh mengakses aplikasi atau perisian yang disertakan bersama sistem telematik tersebut.
Anda dapat melihat beberapa perkara tentang penyelenggaraan kenderaan fleet anda. Antaranya ialah:
- Jumlah perbatuan yang telah dijalani oleh setiap trak, lori, treler, van atau kereta syarikat
- Cara pemanduan pemandu yang memberi kesan kepada enjin, tayar dan alat ganti lain
- Rekod sejarah servis yang pernah dilakukan sebelum ini
Jadi, walaupun kos memiliki dan menyelenggara kenderaan fleet adalah tinggi, namun kita masih dapat mengawal dan menguruskan setiap treler, trak, lori, van atau kereta yang syarikat kita miliki. Semuanya dengan bantuan teknologi seperti alat pengesan lokasi kereta GPS dan sistem avls pengurusan fleet. Ianya satu pelaburan yang berbaloi kerana memudahkan tugas pengurusan kenderaan syarikat kita!
Kurangkan risiko kehilangan dengan peranti alat pengesan lokasi kereta GPS
Kini, sistem telematik atau alat pengesan lokasi kereta semakin mendapat tempat di hati ramai pemilik perniagaan. Ia bukan saja dicari oleh syarikat yang mempunyai bilangan kenderaan fleet yang banyak bagi tujuan perdagangan dan penghantaran barangan, malah turut menjadi pilihan pemilik syarikat kereta sewa.
Syarikat kereta sewa yang kecil tidaklah mempunyai bilangan kenderaan yang banyak, mungkin antara tiga ke lima buah kereta saja. Namun, mereka faham tentang risiko kehilangan dan kecurian. Jadi, mereka turut ingin menggunakan alat pengesan lokasi kereta atau sistem telematik bagi kenderaan mereka.
Yang bagusnya tentang GPS tracker ini ialah ia didatangkan dengan fungsi keselamatan untuk kenderaan anda. Anda dapat menangani kes kecurian atau kehilangan trak, lori, treler atau van fleet secara lebih cekap dengan bantuan alat pengesan lokasi kereta ini.
Biasanya, apa yang akan berlaku sekiranya anda mengesan terjadinya kecurian lori atau kereta syarikat anda, anda hanya perlu mengaktifkan sistem amaran. Ada peranti pengesan lokasi kereta yang dapat mematikan enjin kenderaan dengan serta-merta sekiranya amaran ini diaktifkan.
Satu lagi cara lain bagaimana alat pengesan GPS ini dapat memberi notis kepada anda tentang kes kecurian adalah apabila kenderaan anda keluar daripada zon selamat atau kawasan pemagaran geografi, juga dikenali sebagai geo-fencing yang telah anda tetapkan di dalam sistem telematik tersebut.
Ya, sistem pengesan kenderaan ini tidaklah dapat membasmi kehilangan kenderaan fleet anda 100%, namun ia dapat membantu mempercepatkan proses pencarian dan pengambilan semula kenderaan tersebut. Ia sekaligus mengurangkan risiko kerugian kepada perniagaan anda. Semuanya dengan bantuan alat pengesan lokasi kereta GPS atau sistem telematik yang efisyen dan pantas!
Kawal kenaikan premium insurans kenderaan syarikat
Jikalau anda melihat alat pengesan lokasi kereta, atau GPS tracker, hanya sebagai satu alat memantau pergerakan kenderaan syarikat anda, maka itu bukanlah satu pandangan yang tepat.
Adakah anda tahu bahawa apabila anda mengunakan sistem pengesanan kenderaan yang menyeluruh di mana ia meliput aspek sistem telematik, ia dapat memberikan lebih daripada sekadar pemantauan kenderaan.
Sistem telematik yang menggunakan teknologi GPS dan peranti diagnostik pada kenderaan dapat memperbaiki produktiviti penghantaran barangan, meningkatkan keselamatan kenderaan dan juga mengawal kadar premium insurans kereta anda. Bagaimana caranya?
Dengan memberikan maklumat kepada pihak insurans tentang penggunaan alat keselamatan seperti CCTV dan alaat pengesan lokasi kereta GPS, pihak insurans akan lebih meyakini usaha syarikat anda dalam menjamin keselamatan aset syarikat anda. Ia termasuklah treler, lori, trak, van fleet dan kereta yang dimiliki oleh perniagaan anda. Selain itu, ketika membuat permohonan insurans kereta komersial, anda perlu memberikan rekod sejarah lalu yang berkaitan dengan:
- Kemalangan lalu
- Pengalaman tuntutan insurans
- Sebarang pengubahsuaian kepada enjin kenderaan
Alat pengesan lokasi kereta atau sistem telematik telah diketahui dapat memantau dan mengawal cara pemanduan pekerja anda dan memupuk gaya pemanduan yang berhemah dan profesional. Anda boleh merangka latihan memandu yang khas untuk setiap pekerja anda, berdasarkan rekod yang telah disimpan oleh sistem telematik.
Sebagai kesan positifnya, anda dapat mengurangkan kadar kemalangan dan mengurangkan kes tuntutan insurans. Semua ini akan membantu mengekalkan kadar premium insurans di tahap yang terkawal. Pada jangka masa yang panjang, anda dapat menjimatkan perbelanjaan insurans dan meningkatkan keuntungan perniagaan anda. Menarik, bukan?
Praktikkan amalan avls pengurusan fleet yang berkesan
Adakah anda tahu apa itu sebenarnya sistem alv pengurusan fleet? Ia merupakan satu sistem berintegrasi yang cukup versatil dan menyeluruh. Ia memanfaatkan teknologi GPS dan GSM dalam memantau setiap pergerakan aset fleet yang syarikat anda miliki. Bunyinya seperti agak mahal kan? Tidak juga. Ia tidaklah semahal yang anda sangka.
Sebenarnya, kes kecurian atau penyalahgunaan kenderaan syarikat juga boleh membawa kerugian besar kepada syarikat anda, berbanding kos anda ketika melabur dan membeli satu sistem avls pengurusan fleet atau alat pengesan lokasi kereta GPS yang profesional.
Menurut laporan Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC), 7% daripada 19,873 kes kecurian kenderaan yang berlaku di Malaysia adalah membabitkan kenderaan komersial. Dan, jumlah nilai tuntutan insurans kenderaan boleh mencecah sehingga RM357 juta setahun!
Jadi, mari selamatkan syarikat anda daripada termasuk di dalam statistik ini dan praktikkan amalan avls pengurusan fleet yang berkesan. Ia bukan sahaja dapat membantu memantapkan lagi urusan penghantaran barangan, malah memastikan keselamatan kenderaan dan pemandu anda terjamin.
Keselamatan dan privasi data syarikat – Adakah ia terjamin?
Apabila kita menggunakan peranti alat pengesan lokasi kereta dan mengintegrasikannya dengan teknologi telekomunikasi bagi menghantar data kenderaan kita ke pelayan sistem perisian, antara persoalan terbesar yang merisaukan kita ialah tentang isu keselamatan dan privasi data syarikat.
Apabila data GPS berasaskan satelit ini dihantar ke server, terdapat banyak rekod tentang aset syarikat kita berada di dalam talian. Lokasi setiap kenderaan fleet, pergerakan pemandu anda, status keadaan semasa setiap kenderaa syarikat anda – semua ini adalah data sensitif yang dipaparkan secara dalam talian. Adakah keselamatan data ini terjamin?
Secara amnya, penyedia sistem telematik yang ada di pasaran amat menitik beratkan tentang tahap keselamatan dan privasi data pelanggan mereka. Mereka perlu mematuhi beberapa standard piawaian antarabangsa mahupun tempatan apabila membabitkan tentang pengurusan data peribadi.
Di Malaysia, kita mempunyai Jabatan Perlindungan Data Peribadi yang memantau dan mengawal selia data peribadi di peringkat individu mahupun komersial, melalui Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Malah, bagi pengeluar peranti alat pengesan lokasi kereta atau sistem telematik peringkat antarabangsa, contonya di Eropah, mereka pula tertakluk kepada undang-undang GDPR.
Adalah menjadi tugas anda untuk mencari penyedia sistem telematik atau pengeluar alat pengesan lokasi kereta yang berkaliber yang dapat memberikan sistem telematik yang terjamin keselamatannya. Antara ciri-ciri privasi dan perlindungan data yang boleh anda semak ketika membuat pemilihan pembelian sistem telematik adalah:
- Penyimpanan data di pelayan yang selamat
- Syarikat mematuhi standard piawaian industri yang diiktiraf
- Penghantaran data melalui rangkaian VPN peribadi yang dilindungi dan disulitkan
- Penyediaan pengesan anti-gangguan pada setiap peranti pengesan lokasi kereta bagi mengelak penggodaman
- Server sentiasa dibuat sandaran bagi mengekalkan keselamatan data
Sekiranya penyedia alat pengesan lokasi kereta anda mempunyai beberapa ciri perlindungan dan privasi di atas, anda boleh berasa yakin dengan tahap keselamatan data syarikat anda.
Guna perkhidmatan iCompario bagi mencari sistem avls pengurusan fleet yang ideal
Anda mahukan sistem telematik atau alat pengesan lokasi kereta yang berkesan dan dipercayai? Anda tidak tahu bagaimana cara memilih gps tracker terbaik di Malaysia? Gunakan khidmat profesional dari iCompario. Ia merupakan satu laman perbandingan dalam talian yang membandingkan beberapa jenama sistem telematik yang ada di pasaran.
Ia membantu memberikan kepada anda saranan sistem telematik, kad minyak petrol atau kad kredit yang bersesuaian dengan keperluan syarikat anda. Anda hanya perlu menghantar beberapa maklumat tentang syarikat dan saiz kenderaan fleet yang anda miliki.
Selain itu, anda juga boleh memberikan butiran mengenai ciri-ciri yang anda perlukan pada alat pengesan lokasi kereta atau sistem telematik tersebut. Selepas itu, anda akan dihubungi oleh pihak pengeluar sistem dalam masa sehari atau dua hari bekerja.
Ianya mudah, pantas dan berkesan. Dengan pemasangan alat pengesan lokasi kereta, atau GPS tracker, pada setiap kereta, van fleet, treler, trak atau lori penghantaran barangan anda, ia diharapkan dapat membantu anda menguruskan kenderaan fleet syarikat secara lebih tersusun dan cekap.
Dalam masa beberapa bulan selepas pemasangan teknologi ini, anda pasti dapat melihat kesan positifnya yang meliputi pengurangan kos kewangan dan pentadbiran serta kecekapan proses penghantaran barangan atau urusan logistik yang diuruskan oleh syarikat anda. Mari mencubanya sekarang, anda hanya perlu klik di sini untuk mula membuat perbandingan dan mencari sistem telematik terbaik buat perniagaan anda!